Keperluan lain sewaktu berpantang
June 01, 2020
Post kali ni saya nak cerita pasal keperluan2 lain untuk guna guna waktu berpantang.
Yang ni lepas saya survey2 dari akak2, dari Google dan dari experience sendiri lah.. (eehh?)
Mostly, ada yang tahu saya salah seorang distributor Shaklee. So saya consume supplement dari Shaklee.
1) Fullset lengkap Set Berpantang Shaklee - Memang dah complete habis dah untuk cover dalam & luaran!
2) Nona Roguy : Untuk NR ni saya tak guna semua yang fullset lengkap berpantang tu. Sebab yang dalaman saya dah ambik Shaklee, jadi NR ni guna untuk luaran. Kak Ipar kata ambik yang wajib je. Saya amik Akra Herbanika, Herbanika Lulur, Minyak Panas Herbanika dengan Bengkung Tradisional saja. Bengkuk tu saya prepare dalam 2 /3 helai juga. Boleh tukar2. Minyak panas herbanika color hijau tu untuk si ibu. Selain nak pakai untuk beurut nanti, boleh gosok dekat tapak kaki, boleh titik dekat rambut kasi berangin.
3) Bengkung : Bengkung ni dari Nona Roguy juga. Kak ipar kata yang ni lebih selesa walaupun banyak tali nak kena lilit.
4) Pump Susu : ada 2 jenis pump susu saya beli. Supermama dan satu lagi pump manual jenis silicone tu. Yang tu boleh bawak juga pergi ke hospital. Kalau tak nak bawa yang elektrik lah. Saya baca2 ramai yang macam suggest la pump silicone ni. So, saya pun beli lah nak cuba.
Recommend jugak sebab kalau nak bawak pergi hospital ok dan sesuai berbanding yang pump elektrik.
Sesuailah untuk saya yang awal2 ni.hehe.
5) Tuam Baby : Saya tak sediakan lagi tuam baby tu. Nak mencari Biji2 Habbatussauda lepastu letak dalam kain buat macam tuam tu.
6) Minyak-minyak dan kelengkapan baby : Yang ni saya sediakan beberapa jenis minyak telon, minyak yuyi dan baby oil. dan dalam pouch biru tu, keping kuku, sikat, nasal aspirator, thermometer dan lain2.
7) Set Tanam uri : Set ni saya saja beli untuk kegunaan husband nanti. Dalam set ni sebenarnya dia dah siap-siapkan barang untuk tanam uri. Contoh macam asam jawa, garam, kain, sarung tangan latex, apron plastik, sabun mini, tuala kecik. Semua dah dipackkan dalam satu kotak. So macam tak perlulah husband nak kalu2 ambil satu2 barang dekat dapur.
8) Dan last sekali saya nak explain, kenapa saya ambil Set Berpantang Shakle..
- ESP - Membantu menguatkan rahim, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik.
- VITAMIN C - Mempercepatkan dan menyembuhkan luka bersalin dengan cepat serta mengeringkan luka bersalin. Bersalin secara normal mahupun operation, Vit C highly recommended. Juga menguatkan sistem imun agar tidak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk cerah gebu halus mulus.
- OSTEMATRIX - Calcium supply, milk booster, lawas, elakkan sakit lutu pinggang cramp. Menggantikan kalsium ibu yang menyusukan kerana kalsium menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak terbaring. Mengatasi masalah sembelit.
- ALFALFA - Buang angin dalam badan, lawas, detox, milk booster, mengetatkan kembali miss V, atasi masalah keputihan. Mengatasi masalah sembelit.
- VITALEA - Multivitamin yang mempunyai nutrisi untuk menangani masalah kurang selesa, tekanan darah rendah, letih & memberi tenaga segera. Pelengkap nutrisi.
- OMEGA GUARD - EPA DHA untuk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, bakar lemak berlebihan, buang lemak selulit, atasi masalah perut buncit. Unutuk yang nak cepat slim dan kurangkan berat badan, bagus consume Omega Guard.
So far, memang banyak sangat feedback bagus daripada ibu-ibu yang consume Set Berpantang Shaklee.
Ok itu jelah nak share.
Mungkin ada yang tak perlu. Ikut masing-masing.
0 comments