Keperluan newborn baby & ibu ke hospital
May 30, 2020
Assalamualaikum..
Since Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Banyak masa dihabiskan dirumah saja.
Kadang sampai tak tahu dah nak buat apa.
Saya dah masuk 35 minggu, dan masa yang sangat sesuailah nak kemas barang-barang bersalin nanti.
Orang kata, tengah menunggu nak bersalin lah ni. Haha.
Jadi, saya nak kongsilah persediaan keperluan barangan untuk newborn baby dan untuk saya sendiri.
Masa awal2 nak beli barang tu, serius tak pandai langsung. Macam tak tahu apa lah kan nak beli apa.
Bila dah masuk 5 bulan macam tu, barulah timbul keinginan nak beli itu, nak beli ini..ha-ha.
Itupun, ada orang kata xelok beli awal-awal, nanti dah masuk 6 atau 7 bulan nanti barulah boleh shopping barang baby.
Tapi saya degil juga, haha. Yelah, bagi saya baik beli awal sikit-sikit.
Kalau akhir-akhir nak beli semua, kelam kabut lah jawabnya.
Walaupun tak tahu lagi jantina, saya dan husband decide beli barang yang baby boy dan baby girl boleh guna. Macam penyidai baju, barang berpantang saya dan lain2.
Ok lah, panjang pulak intronyaaa.
Saya mulakan dulu dengan barang-barang newborn yang betul-betul penting untuk dibawa ke hospital. Setelah tanya dengan orang2 yang berpengalaman dan blog2 yang ada.
Barang2 keperluan baby
1) Baju-baby newborn 3-4 helai : Dalam banyak2 saya baca, bawak lah lebih, in case baju terkena najis ke, muntah ke, basah terlebih ke kan. Saya bawa semua yang berbutang dan seluar. Di kalau tak nak guna seluar, pakai baju saja lah. Baby pun berbedung sentiasa kan. Lagi pun tali pusat belum tanggal lagi.
2) Pampers newborn : Saya tanya akak2 yang berpengalaman (cewaahh). Majoriti cakap awal2 ni beli saja yang murah-murah dulu, sebab baby akan guna banyak kali, means tukar banyak kali. Sehari tu dalam 8-10 keping bertukar ganti pampers. So saya pilih je pampers jenama MIKUBI newborn yang berwarna kuning. Memang berbaloi kalau pakai untuk newborn baby. Jimat pun jimat. Murah pun murah. Dari segi kualiti, majoriti juga yang kata elok. Nanti dah besar sikit nak pakai yang pricey sikit takde hal. So saya bawa dalam 20 keping saja.
3) Sarung tangan baby dan stokin baby : Saya bawak dalam 2-3 pasang saja. Lagi pun baby sentiasa berbedung, rasanya tak pakai lagi kot.
4) Wet Tissue - Saya bawa 1 pack saja, sebab saya dah sediakan tisu kering dengan air dalam spray bottle. Hari tu ada terbaca yang tak digalakkan guna wet tissue untuk basuh najis bayi. Tak cukup bersih sebab dia bukannya air yang mengalir. Jadi saya just sediakan saja. Just in case perlu.
5) Bedung Bayi - Dalam packing plastik yang ikut hari tu, Saya bawa 4 helai saja. Tak tahulah dikira banyak ke sikit ke..haha. Tapi saya suka kalau baby tu bertukar2 kain bedung. Kalau dah guna seharian, so gunalah kain bedung yang baru.
6) Sapu tangan baby : Saya bawa dalam 2 helai saja, kot2 nak lap mulut baby bila lepas menyusu/muntah susu.
7) Tuala Baby : Saya bawa 1 helai sahaja.
8) Barut baby : 2 helai saja, just in case. Kalau ikutkan 2/3 awal baby tak guna lagi barut baby. Kot..
9) Pump Susu - Saya tak bawa yang elektrik tu, sebab pre-order dan tak sampai lagi. So saya just bawa milk Collector 2 jenis sahaja.
10) Beg biru tu ada ubat2 untuk baby. Macam baby oil, minyak telon, cotton bud.. Bawak je :p
11) Semua tu saya packing dalam zipper beg plastik sebab nak nampak lebih tersusun dan memudahkan husband bila nak tolong ambil dalam beg nanti.
Ok saya nak masuk bab barang keperluan ibu nak bawak pergi hospital.
Saya excited pi beli beg baru sebab nampak cantik dan besar. Boleh sumbat macam2.
Paling penting murah. Haha...
Barang2 keperluan Ibu
1) Nursing bra & panties : Ada dalam 3 helai je saya bawa tapi untuk panties, saya beli yang boleh pakai buang tu. Mudah. Bawa dalam 20 helai .. hahaha.
2) Maternity pad : Saya bawa 1 pack tu terus, sebab tak tahu nak guna berapa banyak. Satu lagi, selalu nampak orang pakai jenama tu, Pureen. Jadi saya pun cuba lah. Kalau tak selesa, mintak husband belikan jenama lain.
3) Toiletries : Yang ni ada dalam beg biru kecik tu. Senang. Ada berus dan ubat gigi, Cleanser, sikat, sabun badan, dan lain2.
4) Tuala : Saya bawa 1 je, tak besar sangat.
5) Stokin Tebal : 3 - 4 pasang.
6) Sweater : 1 helai dah cukup.
7) Kain : 1 Kain batik dan 1 kain kembang.
8) Minyak Panas : Nona Roguy ada, yang jenis lain pun saya bawak.
9) Nipple Cream : Saya beli jenama yang ni, untuk baby pun boleh guna. Terpengaruh juga dengan kakak ipar. Dia cakap macam2 kegunaan. Cream ni pun Hanis Zalikha ada share, dia pun pakai dan recommend.
10) Selipar toilet : Saya bawa je selipar yang biasa pakai hari2 tu. Selesa yang itu.
11) Tudung Sarung : Saya agak memilih sikit lah kalau bab tudung ni. So saya bawa 3 helai yang custom made. 2/3 minggu gak lah siap.
12) Pakaian hospital : Beberapa helai baju, skirt labuh. Dan baju balik dari hospital.
Lain2 yang penting (tiada dalam gambar)
Kad Pengenalan
- Kad pengenalan
- Buku rekod kehamilan
- Kurma dan air zam-zam
- Makanan dan minuman
- Mini Al-Quran (sekarang dah senang sebab boleh pakai apps dalam handset je)
- Charger phone
0 comments