Honeymoon ke Lombok, Indonesia

May 29, 2020

Assalamualaikum wbt.

Saya rasa dah tertinggal banyak perkara nak diceritakan.
Kadang susah sikit nak mengadap laptop ni, nak bina ayat lagi kan.. haha.

So, ni gambar #throwback waktu first Honeymoon a.k.a Jalan-jalan je lepas kahwin.
And this is the first time, saya naik flight (umur 26)..huhu sedihkan.
Even dalam Malaysia pun tak pernah naik.
Alhamdulillah rezeki dapat naik.

Pada mulanya, memang saya dan husband ada plan nak #jalanjalan ke luar negara. 
Survey-survey tempat menarik. Tiba-tiba husband tertarik dengan Lombok.
Sebab ada officemate husband baru balik dari Lombok dan mencadangkan pergi ke sana.
Katanya, kalau jenis yang suka tengok pemandangan dan pantai, memang sesuai la ke Lombok.

Lepas survey-survey ticket, memang tiket ke Lombok murah.
Dan kami beli 4 bulan awal dari tarikh perjalanan.
So, sempatlah nak kumpul duit semua kan. 
Tambahan pula, saya pun belum ada passport dan passport husband pula dah luput tarikh.

Passport : RM200 utk baru dan renew.
Ticket Flight : Anggaran RM 300 seorang.

Peta Lombok




Pukul 2.28 pagi dah tercongok denkat KLIA2.
Bergerak dari rumah pukul 11.30 malam.
Naik Grab pergi ke TBS, beli ticket bas ke KLIA 2.
Harga ticket seorang RM11.20.
Bas terakhir dari TBS ke KLIA2 pukul 12.00 malam.
Sampai2 Airport, jalan2 dulu dan cari tempat makan.



Flight pukul 6.45pagi.
Berkampung la dekat airport tu semalaman.
Ramai juga.. 
Saya 'first time' kan, jadi agak 'jakun' skit. haha




Perjalanan dari KL ke Lombok mengambil masa dalam 3 jam 1/2.
Sesampai airport, terus call tempat sewa kereta.
Saya dan husband tak ambil pakej pemandu, kami hanya sewa kereta sahaja. 
Jadi, Husband lah yang memandu sepanjang berada di Lombok.

Kenapa?

Sebab, sewa kereta lebih murah dari kita ambik pemandu.
Sewa kereta untuk 5 hari hanya 1 juta rupiah.(RM300) sahaja.
malah tidak perlu mengikut masa yg ditetapkan, tak perlu tempat tinggal pemandu, dan makan minum pemandu.
Sangat jimat dan Fleksible.






Pantai Senggigi, Senggigi Lombok, Indonesia.


Kawasan Pantai Senggigi ni memang sepanjang jalan cantik. 
Singgah saja tepi2 jalan. 
Kawasan pelancongan penuh dengan hotel2.
Hotel pula sesuai dengan harga bajet. 
Dari airport   Bandara Internasional Lombok  mengambil masa 1 jam 10 minit untuk sampai ke Pantai Senggigi.



Next, saya dan husband pergi Gili 3 island pula.
Perlu naik bot untuk kesana.


Gili 3 island.
First Gili, kitorg jejak Gili Trawangan.
Dekat sini memang ramai betul pelancong, mostly mat saleh dengan minah saleh.
Tepi2 tu memang penuh dengan hotel/ penginapan. 
Tak susah nak mencari. Masjid pun ada, tapi tengah construction.
Untuk elakkan dari makan yang haram, kitorg akan order makanan yang berasaskan laut sahaja.
Ayam memang x sentuh, sebab kita tak tahu diorang sembelih macam mana kan..?



Gili Trawangan, Lombok Indonesia.




Gili Trawangan, Lombok Indonesia.


Tepi-tepi pantai Gili Trawangan ni memang banyak buaian.
Kitorang sewa basikal untuk tinjau sepanjang pantai.
2 jam RM50.



Next, Kitorang pergi ke Sekotong pula.
Dari Senggigi mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai di Sekotong.
Memang menikmati lah sepanjang perjalanan tu.
Masjid-masjid sedang dalam pembinaan pun banyak.
Yang pasti, semua masjid dalam pembinaan. 
haha.. 


Kawasan penginapan agak pedalaman, dan kurang pelancong.
Waktu sampai di tempat penginapan, keadaan tempat tu seperti kawasan tinggalan.
Dan semua bilik dalam renovation.
haha.. Terfikir macam2 pulak waktu sampai situ.


Dekat sekitar Sekotong ni ada 1 Gili yang kecil saja, 
kalau dilihat dari atas berbentuk hati.



Oleh sebab, kitorang menginap disitu hanya 1 hari.
Dan sampai disitu pun sudah tengahari. Kitorang hanya ada masa petang sahaja untuk ke Gili Kedis ni.
Menurut pemandu bot, kalau petang2 angin agak kuat.
tapi tiada masalah juga kalau nak ke Gili Kedis. 
Cumanya air laut berombak agak kuat.


Kitorang berfikir agak lama juga.
Tapi bila lagi nak cuba. 
Alang2 dah sampai. 
Dalam masa yang sama, mereka menawarkan pakej snorkling.
Serius saya xreti nak snorkling, tapi nak cuba punya pasal.
Sebelum ke Gili Kedis, Kitorang singgah Gili Nanggu dan cuba untuk Snorkling.



Gili Nanggu, Sekotong, Lombok Indonesia



Gili Nanggu, Sekotong, Lombok Indonesia






Gili Kedis, Sekotong, Lombok Indonesia.



Pantai Tanjung Aan, Kuta Lombok, Indonesia.




Pantai Tanjung Aan, Kuta Lombok, Indonesia.





The Mandalika, Kuta Lombok,Indonesia.



Pantai Sementi, Kuta Lombok, Indonesia.



Pantai Sementi, Kuta Lombok, Indonesia.



Pasir dekat Pantai Sementi ni, bukan macam Malaysia.
Dia berbiji2 bulat. halus2.
Bila basuh kaki, dia x melekat macam pasir biasa.
sapu2 je memang hilang.


















You Might Also Like

0 comments