Tahnik bersama Habib Ali Zainal Abidin

June 07, 2022

 

Sebelum balik berpantang di Kampung, 

Husband decide nak Tahnik dulu dengan Habib Ali Zainal Abidin.

Ianya adalah salah satu Sunnah selepas kelahiran bayi.

Tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya.

Sunat mentahnik bayi dengan buah tamar sama ada bayi lelaki atau perempuan.

Jika tiada tamar, gunakanlah sesuatu yang manis.


Waktu tahnik dengan Habib, Husband bawa buah tamar dan air zam-zam.

Allah izin ummi bawa air zam-zam dari kampung.

Disamping tahnik tu, husband minta pandangan dari segi meletakkan nama.

Cadangan kami: 'Athar 

Cadangan Habib: Muhammad 'Athir

yang bermaksud Muhammad: Terpuji, 'Athir: yang memberi wangian.




Hari ke-7, Nama baby di announce 

Muhammad 'Athir bin Haffiz.





You Might Also Like

0 comments